Tuesday, November 17, 2009

KUMPULAN HANDY BLACK

Kumpulan Handy Black merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Handy black ni merupakan band rock yang muncul tahun awal 80-an dulu. Antara lagu yang paling best ialah Natrah. Lagu yang menjadi lagenda kepada kumpulan ini, mengisahkan kejadian rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950an.

Lagu yang menceritakan penderitaan seorang gadis bernama Natrah ini adalah antara lagu yang diharamkan untuk penyiaran dari album kedua Handy Black pada tahun 1990 kerana menyentuh isu agama dan negara.

Bakat mereka dicungkil dari gagasan Clash Of The Bands. Lagu yang dirakamkan untok kompilasi Clash Of The Bands 1 (1987) adalah Ketenangan, Line-up mereka masa tu adalah MAHMUD (vokalis) Rosli Jantan (gitaris) BADD (bass) dan AMY Kamikaze (dram),

Album sulong Handy Black bertajuk GEMPAK keluar pada tahun 1989 menampilkan lagu hit mereka masa tu "Jenazah Cinta", Vokalis Handy Black masa tu adalah ISA RAHMAN. Lagu2 Handy Black masa tu tak sempat dibuat kompilasi sampai la sekarang (Rasanya syarikat rakaman sekarang patut merujok lagu2 macam ni la). Handy Black kembali pada era 1990 an bersama beberapa line-up baru.

Kumpulan ini muncul semula pada lewat tahun 90an dengan menampilkan penyayi baru Zul. Dan anggota lama kumpulan ini yang masih kekal ialah LEE dan ELLY.

Walau bagaimanapun pada tahun 2005 Zul telah melangkah keluar dari HANDYBLACK dan tempat nya telah digantikan oleh AMAR dari kumpulan CRASH yang pernah hit dengan lagu MAHSURI 1st album dan Abadikan Salam 2nd album. Amar telah dilamar oleh kumpulan HANDYBLACK pada hujung tahun 2005 untuk mengantikan tempat Zul dan atas sebab tak dapat dielakkan penanguhan vokalist untuk HANDYBLACK terpaksa ditunda untuk mencari vokalist lain. Tapi dengan berkat sabar 3 anggota asal handyblack sehingga awal tahun 2007 AMAR sekali lagi dilamar oleh anggota handyblack bagi menepati citarasa kumpulan ini. Dengan oleh itu serta persetujuan anggota handyblack, AMAR dengan sah nya menganggotai kumpulan HANDYBLACK dan kini barisan anggota HANDYBLACK ialah AMAR, ZAM, LEE dan ELY.

Ahli-ahli

  1. Amar (Penyanyi - Bekas penyanyi kumpulan CRASH lagu hit MAHSURI 1st album dan ABADIKAN SALAM 2nd album)
  2. Lee (pemain gitar)
  3. Elly (Pemain dram)
  4. Zam (pemain gitar bass)



Diskografi

[sunting]Album

  • Lambang Sakti
  • Tangan Hitam (Anggota masa itu Isa Rahman, Rosli, Bad dan Amy)
  • Realiti


Lagu-lagu

  • Kau Yang Bernama Seri
  • Naga Sakit Kepala
  • Lambang Sakti
  • Surat Orang Kampung
  • Tidurlah Bidadariku
  • Manakah Lagi
  • Ada Aku Kisah
  • Bukan Senang mahu Senang
  • Maafkanlah Diriku
  • Naga Sakti
  • Gadis Idamanku
  • Seri Bewarna pelangi
  • Hanya Dalam Lagu
  • Tidurlah Wahai Permaisuri

Fail:Kumpulan Handy Black - Tangan Hitam.jpg


No comments:

Post a Comment